Pages

Friday 7 January 2011

rindu berlalu pergi..2.

“Dhia. Cikgu Irsyad panggil kau sekarang. Dia ada dekat bilik guru.” Hanum meninggalkan pesanan cikgu Irsyad untukku. Masalah apa lagi lah agaknya. Nak buat “spotcheck”  ke? Tak pun nak suruh aku lengkapkan laporan disiplin. Dahlah aku tak buat lagi ni. Malang sungguh nasib kalau macam tu. Dahlah Cikgu Nora  mengamuk  sebab aku tak buat kerja kursus Geografi. Aku melangkah longlai menuju ke bilik guru yang berada di bangunan pentadbiran. Cikgu Irsyad sedang tekun menanda buku latihan. Latihan Bahasa Melayu agaknya. Tentu dia sibuk nak melakukan banyak kerja.
            “Assalamualaikum Cikgu. Ada apa panggil saya?” Aku memberi salam untuk memberitahu tentang kehadiran aku di situ.
            “Hah, Dhia! Esok saya nak awak buat pemantauan dekat pintu pagar belakang sekolah. Saya lihat masih ramai pelajar yang tidak menyorong motosikal mereka.Tolong ambil nama mereka dan tolong tegur pengawas yang bertugas jangan duduk termenung kat tembok tu.Ambil tindakan jika pelajar ada buat salah.”
            “Cikgu, bukan kami tak buat kerja tapi budak-budak tu yang tak mahu dengar kata. Kami dah banyak kali tegur.” Aku membantah tuduhan yang dilemparkan oleh Cikgu Irsyad tu. Sebagai Ketua Disiplin, aku seharusnya mempertahankan pengawas yang telah  melakukan tugas mereka dengan baik.
            “ Itu saya tahu. Tapi, setahu saya budak-budak sekolah ni takut kalau awak ada. Macam nampak singa. Jadi masalah ni saya rasa tak timbul kalau awak sendiri yang pantau keadaan mereka setiap hari.” Panas juga hatiku bila Cikgu Irsyad kata aku singa. Memang tak patut.
            “Cikgu, saya dah bahagikan tugas kepada semua pengawas. Masing-masing mempunyai tugas tertentu. Lagipun tak mungkin saya boleh ada kat semua tempat dalam satu masa. Sebelum ini saya sentiasa berada di tapak perhimpunan, memantau pelajar dan pengawas yang bertugas. Mereka kata kalau ada saya kelas tak bising. Lepas tu, ada pengawas lain bagi tahu ramai pelajar ponteng perhimpunan dan melepak di dalam kelas. Saya tukar pula meronda di kawasan bangunan setiap pagi. Sekarang cikgu minta saya berada kat pintu pagar belakang pula setiap pagi. Macam mana cikgu? Mana satu saya kena pergi?” aku meluahkan masalah yang aku hadapi. Tahulah aku ni singa sekolah. Tapi, kalau dah tersepit macam ni mana tahan aku.
            “Wah! Memang garang lah awak rupanya. Semua pelajar takut kat awak ni. Ada pakai ilmu apa-apa ke?” Cikgu Irsyad mula membuat lawaknya. Satu sekolah tahu dia merupaka guru yang pandai membuat lawak. Namun begitu kalau ada buat salah, jangan harap boleh terlepas darinya.
            “ Mana ada saya pakai ilmu.Sekarang ni macam mana cikgu?” Aku tak nak berlama-lama di sini. Lepas ni Cik Izzah yang mengajar subjek Sejarah akan masuk ke kelas. Dia tu lagi garang daripada aku. Kalau masuk kelas dia aku rasa tak aman.
            “Ok. Macam ni lah.Awak tolong pesan pada Hisham yang saya nak jumpa dia. Kita buat mesyuarat esok. Boleh?” Cikgu Irsyad membuat keputusan. Lega rasanya. Tak payahlah aku kena perli dengan Cik Izzah tu lagi. Tapi, nak kena jumpa Hisham satu masalah. Aku dahlah anti dengan dia. Memang masalah.
            “Baiklah. Nanti saya pesan pada dia. Terima kasih cikgu. Saya kena masuk kelas dulu. Cik Izzah punya kelas. Saya pergi dulu ya. “ Aku meminta kebenaran untuk pergi dan pantas berlari-lari anak. Kalau diikutkan nak je aku lari laju-laju tapi apa pulak orang lain cakap. Dahlah garang, singa, tak ada cirri-ciri perempuan betul. Pakai baju kurung pun nak berlari lagi. Aku lihat Cik Izzah berada di hadapanku. Alamak! Macam mana ni. Dengan pantas aku berlari menaiki tangga dan cuba masuk ke kelas sebelum dia sampai. Nasiblah ada tangga lain.
            “Kau ni kenapa Dhia? Macam kena kejar hantu je?” Hanum menegurku yang kelihatan kelam kabut masuk ke kelas.
            “Memang aku nampak hantu. Hantu Izzah.Eh, bukanlah. Cikgu Izzah. Kau ni buat aku tersasul je. Tadi aku Nampak dia tengah berjalan dengan Cikgu Rahimi. Aku pun buka langkahlah lalu tangga lain. Nasib baik sempataku pintas dia . Hah! Panjang umur dia. Kan dia dah sampai.” Aku hanya tersengih-sengih menjawab soalan Hanum dengan nafasku yang tidak teratur. Semua bangun member salam dan ucapan selamat. Tiba-tiba aku mencuit jari Hanum dan berbisik.
            “ Agak-agak kau,aku boleh jadi pelari pecut tak?”
            “ Boleh. Kalau kau nak jadi orang terakhir memang boleh. Badan macam ni nak jadi pelari pecut.” Hanum hanya mencebik. Aku hanya tersenyum sendiri.

0 comments:

Post a Comment

 
cinta seindah mimpi, kata hanya di bibir, nukilan kucatat di sini

Sample Text