Pages

Friday 7 January 2011

rindu berlalu pergi..2.

“Dhia. Cikgu Irsyad panggil kau sekarang. Dia ada dekat bilik guru.” Hanum meninggalkan pesanan cikgu Irsyad untukku. Masalah apa lagi lah agaknya. Nak buat “spotcheck”  ke? Tak pun nak suruh aku lengkapkan laporan disiplin. Dahlah aku tak buat lagi ni. Malang sungguh nasib kalau macam tu. Dahlah Cikgu Nora  mengamuk  sebab aku tak buat kerja kursus Geografi. Aku melangkah longlai menuju ke bilik guru yang berada di bangunan pentadbiran. Cikgu Irsyad sedang tekun menanda buku latihan. Latihan Bahasa Melayu agaknya. Tentu dia sibuk nak melakukan banyak kerja.
            “Assalamualaikum Cikgu. Ada apa panggil saya?” Aku memberi salam untuk memberitahu tentang kehadiran aku di situ.
            “Hah, Dhia! Esok saya nak awak buat pemantauan dekat pintu pagar belakang sekolah. Saya lihat masih ramai pelajar yang tidak menyorong motosikal mereka.Tolong ambil nama mereka dan tolong tegur pengawas yang bertugas jangan duduk termenung kat tembok tu.Ambil tindakan jika pelajar ada buat salah.”
            “Cikgu, bukan kami tak buat kerja tapi budak-budak tu yang tak mahu dengar kata. Kami dah banyak kali tegur.” Aku membantah tuduhan yang dilemparkan oleh Cikgu Irsyad tu. Sebagai Ketua Disiplin, aku seharusnya mempertahankan pengawas yang telah  melakukan tugas mereka dengan baik.
            “ Itu saya tahu. Tapi, setahu saya budak-budak sekolah ni takut kalau awak ada. Macam nampak singa. Jadi masalah ni saya rasa tak timbul kalau awak sendiri yang pantau keadaan mereka setiap hari.” Panas juga hatiku bila Cikgu Irsyad kata aku singa. Memang tak patut.
            “Cikgu, saya dah bahagikan tugas kepada semua pengawas. Masing-masing mempunyai tugas tertentu. Lagipun tak mungkin saya boleh ada kat semua tempat dalam satu masa. Sebelum ini saya sentiasa berada di tapak perhimpunan, memantau pelajar dan pengawas yang bertugas. Mereka kata kalau ada saya kelas tak bising. Lepas tu, ada pengawas lain bagi tahu ramai pelajar ponteng perhimpunan dan melepak di dalam kelas. Saya tukar pula meronda di kawasan bangunan setiap pagi. Sekarang cikgu minta saya berada kat pintu pagar belakang pula setiap pagi. Macam mana cikgu? Mana satu saya kena pergi?” aku meluahkan masalah yang aku hadapi. Tahulah aku ni singa sekolah. Tapi, kalau dah tersepit macam ni mana tahan aku.
            “Wah! Memang garang lah awak rupanya. Semua pelajar takut kat awak ni. Ada pakai ilmu apa-apa ke?” Cikgu Irsyad mula membuat lawaknya. Satu sekolah tahu dia merupaka guru yang pandai membuat lawak. Namun begitu kalau ada buat salah, jangan harap boleh terlepas darinya.
            “ Mana ada saya pakai ilmu.Sekarang ni macam mana cikgu?” Aku tak nak berlama-lama di sini. Lepas ni Cik Izzah yang mengajar subjek Sejarah akan masuk ke kelas. Dia tu lagi garang daripada aku. Kalau masuk kelas dia aku rasa tak aman.
            “Ok. Macam ni lah.Awak tolong pesan pada Hisham yang saya nak jumpa dia. Kita buat mesyuarat esok. Boleh?” Cikgu Irsyad membuat keputusan. Lega rasanya. Tak payahlah aku kena perli dengan Cik Izzah tu lagi. Tapi, nak kena jumpa Hisham satu masalah. Aku dahlah anti dengan dia. Memang masalah.
            “Baiklah. Nanti saya pesan pada dia. Terima kasih cikgu. Saya kena masuk kelas dulu. Cik Izzah punya kelas. Saya pergi dulu ya. “ Aku meminta kebenaran untuk pergi dan pantas berlari-lari anak. Kalau diikutkan nak je aku lari laju-laju tapi apa pulak orang lain cakap. Dahlah garang, singa, tak ada cirri-ciri perempuan betul. Pakai baju kurung pun nak berlari lagi. Aku lihat Cik Izzah berada di hadapanku. Alamak! Macam mana ni. Dengan pantas aku berlari menaiki tangga dan cuba masuk ke kelas sebelum dia sampai. Nasiblah ada tangga lain.
            “Kau ni kenapa Dhia? Macam kena kejar hantu je?” Hanum menegurku yang kelihatan kelam kabut masuk ke kelas.
            “Memang aku nampak hantu. Hantu Izzah.Eh, bukanlah. Cikgu Izzah. Kau ni buat aku tersasul je. Tadi aku Nampak dia tengah berjalan dengan Cikgu Rahimi. Aku pun buka langkahlah lalu tangga lain. Nasib baik sempataku pintas dia . Hah! Panjang umur dia. Kan dia dah sampai.” Aku hanya tersengih-sengih menjawab soalan Hanum dengan nafasku yang tidak teratur. Semua bangun member salam dan ucapan selamat. Tiba-tiba aku mencuit jari Hanum dan berbisik.
            “ Agak-agak kau,aku boleh jadi pelari pecut tak?”
            “ Boleh. Kalau kau nak jadi orang terakhir memang boleh. Badan macam ni nak jadi pelari pecut.” Hanum hanya mencebik. Aku hanya tersenyum sendiri.

Thursday 6 January 2011

Kasih kita

Ku mencari cintamu yang suci,
Menyusuri rindu yang bertamu,
Kau kudamba tulus di sanubari,
Bersama kita melalui hari penuh liku,
Menangkis godaan tanpa jemu,
Duhai kasih duhai sayangku,
Keutuhan cintaku semakin meggunung,
Tatkala hari terus berlalu,
Memamah usia dan jeritan waktu,
Kurenungi dirimu dalam mimpi yang berlalu,
Mengenggam kasih menjunjung rindu,
Kau lontarkan ke lautan kasih,
Kenangan indah yang menggamit kalbu,
Biar badai datang mengganas,
Takkan terpadam ditelan waktu,
Penantianmu meresahkan dadaku,
Setiap hari menuntut janjimu,
Sabarlah kasih sabarlah pujaan,
Usah berduka dalam penantian,
Akan kutunaikan janji yang termaktub,
Andai kita ditakdirkan terus bersatu.

nukilan:
Friday, July 20, 2007 



rindu berlalu pergi..(testing.....)

cubaan..cubaan 1..cubaan 2..cubaan 3...cubaan tamat..

saje test....hehehe....kalo rajin..updatelh bnda ni...:)

segala yang tercatat di dalam blog ini hanyalah dongeng semata-mata..tiada kena mengena antara hidup ataupun yang tela meninggal dunia. Jika terdapat tempat yang sama, itu hanyalah sekadar picisan idea. harap maklum.


mohon komen ye..ni percubaan pertama menulis. Komen anda akan dapat membantu saya memperbaiki penulisan ini.


rindu berlalu....1

Langkahku terhenti tatkala mendengar dentingan jam yang diringi dengan rentak lagu melayu. Masih tidak hilang kebudayaan melayu walaupun Malaysia diamuk kemajuan. Sungguh murni usaha yang dijalankan oleh pihak Majlis Daerah untuk mengekalkan warisan yang satu ini. Di sini juga aku telah mencipta kenangan yang sukar dilupakan. Tempat bermula segala-galanya. Hampir sahaja air mataku tumpah apabila mengenangkan segala yang berlaku. Semua ini adalah ketentuan dariNYA yang berkuasa ke atas sesuatu. Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan tangan yang melambai-lambai di muka dan bebelan seseorang yang akan menjadi teman setia hidupku.

“Dhia!Apa awak menungkan ni? Puas saya panggil nama awak. Ini minuman yang awak pesan tadi. Saya ajak minum di kedai makan Suhana tu, awak tak mahu.Nak juga duduk dekat sini. Dahlah panas ni. Kalau duduk kat kedai tu kan ada kipas angin. Tak faham betullah saya” Aku hanya tersenyum dan menyambut air yang dihulurkan kepadaku. Kuat membebel betul dia ni.

“Alah, bukan selalu dapat duduk dekat sini. Seronok tau tak. Macam-macam perangai orang awak dapat tengok.Satu lagi, awak ni memang kuat membebel, kalah nenek saya.” Lelaki itu hanya menjeling tajam ke arahku yang sedang tergelak.

“Owh. Sekarang sudah pandai nak kenakan saya. Tunggulah 2 minggu nanti. Habis saya kenakan awak. “ Aku terdiam seketika dan tunduk merenung tin minuman yang sudah hampir tinggal separuh. Segala yang lelaki itu ucapkan sekadar menjadi angin lalu kepadaku. Malu dan takut menyelubungi hati yang tidak keruan ini.

“Sayang. Kenapa senyap ni. Saya minta maaf kalau kata-kata saya menyinggung perasaan Dhia. Saya bergurau sahaja. Dhia, janganlah senyap begini. “ ada tanda-tada risau di wajahnya. Rasa bersalah mula timbul kerana membuatkannya risau. Itulah salah satu yang membuatkanku lemah apabila dia memujuk. Suka sangat memanggil nama apabila memujuk atau inginkan sesuatu. Sama seperti yang dilakukan oleh orang yang pernah kusayangi dan akan terus kusayangi sehingga akhir hayatku.

“ Saya tak apa-apa im. Jangan risau ya. Jom kita balik. Tentu mereka risaukan kita. Tadi kita telefon kata dah kat Chaah. Tapi sampai sekarang tak sampai-sampai rumah.” Aku tersenyum dan menarik tangannya tanda aku ingin beredar dari sini. Kami bergerak pergi meninggalkan Dataran Segamat yang banyak meninggalkan kenangan manis kepadaku. Biarlah semuanya berlalu dan moga kebahagiaan menantiku.

 
cinta seindah mimpi, kata hanya di bibir, nukilan kucatat di sini

Sample Text